Kata -Kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi
peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SK Paya 2019.
Buku ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada
guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam melaksanakan tugas seharian di
samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahap kecekapan
pengurusan sekolah.
Manual Pengurusan ini
menyediakan maklumat yang sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan
sekolah. Kandungannya meliputi aspek Pengurusan dan Pentadbiran,Kurikulum,Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum hinggalah kepada perkara-perkara umum yang diperlukan
oleh warga sekolah.
Buku
Pengurusan ini disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah Pendidikan
Negara,Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara ini sejajar dengan Visi dan
Misi Sekolah.
Bagi
memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dan
semangat yang tinggi, bekerja dengan semangat kerjasama, semangat berpasukan,
tolong-menolong dan saling menghormati antara satu sama lain. Saya berharap
Buku Pengurusan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Paya. Sama-samalah
kita bertekad untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Paya sebahagian daripada organisasi menyumbang ke
arah kecemerlangan pendidikan melalui pengurusan yang cekap,pantas dan
bijaksana.
Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang memberi sokongan padu
selama ini, dan saya mengharapkan agar ianya akan berterusan sepanjang
perkhimatan saya di Sekolah Kebangsaan Paya ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
( ZAINORIN B ZAKARIA )
Guru Besar