Tinta Guru Besar


Kata -Kata Aluan Guru Besar





             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SK Paya 2019. Buku ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam melaksanakan tugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah.
Manual Pengurusan ini menyediakan maklumat yang sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Kandungannya meliputi aspek Pengurusan dan Pentadbiran,Kurikulum,Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum hinggalah kepada perkara-perkara umum yang diperlukan oleh warga sekolah.
            Buku Pengurusan ini disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah Pendidikan Negara,Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara ini sejajar dengan Visi dan Misi Sekolah.
            Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi, bekerja dengan semangat kerjasama, semangat berpasukan, tolong-menolong dan saling menghormati antara satu sama lain. Saya berharap Buku Pengurusan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Paya. Sama-samalah kita bertekad untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Paya  sebahagian daripada organisasi menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan melalui pengurusan yang cekap,pantas dan bijaksana.
            Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang memberi sokongan padu selama ini, dan saya mengharapkan agar ianya akan berterusan sepanjang perkhimatan saya di Sekolah Kebangsaan Paya ini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.       

( ZAINORIN B ZAKARIA )
Guru Besar