BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Sila klik pautan di bawah ini untuk muat turun :
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 2018
TEMPLATE PELAPORAN PBD TAHAP 1 TERKINI
Template terkini PBD tahap 1 telah dimuat naik di laman web BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum )
Untuk muat naik sila klik pautan di bawah:
TEMPLATE PBD TAHAP 1 TERKINI
Untuk muat naik sila klik pautan di bawah:
TEMPLATE PBD TAHAP 1 TERKINI
WARNA-WARNI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK PAYA 2019
Tarikh 12 dan 13 Februari 2019 melabuhkan tirai manis bersempena dengan Kejohanan Balapan dan Padang SK Paya 2019.Program yang sederhana namun meriah ini semestinya ditunggu oleh murid-murid di awal persekolahan.4 buah rumah yang bertarung iaitu Zuhal,Zuhrah,Marikh dan Musytari mempamerkan aksi yang hebat,bagi merebut takhta kejuaraan pada tahun ini.
![]() |
Johan Kejohanan Sukan & Balapan Padang iaitu Rumah Zuhal |
BUDIMU KAN DIKENANG,SELAMAT BERSARA CIKGU ROSNIZA.
Sekolah Kebangsaan Paya kehilangan satu lagi mutiara berharga apabila seorang guru iaitu Pn.Rosniza bt Osman telah menamatkan kariernya tanggal 11 Februari 2019 yang lalu.Majlis yang indah ini diadakan bagi meraikan persaraan Cikgu Rosniza yang telah menabur bakti mendidik anak bangsa sekian lama.
![]() |
Bergambar kenang-kenangan bersama semua guru SK Paya |
KITA JUARA ! SK PAYA JOHAN BOLA BALING NEGERI PERLIS 2019 .
![]() |
Majlis Penyampaian Hadiah |
Kejohanan Bola Baling MSSPS Peringkat Negeri Perlis 2019 mencatat kenangan terindah buat seluruh warga SK Paya apabila pasukan sekolah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan menewaskan lawan.Tarikh 31 Januari 2019 juga mencatatkan sejarah apabila kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan menunjukkan prestasi cemerlang semasa beraksi di gelanggang.Adik Nur Damia juga telah merangkul Penjaring terbanyak dan Adik Ainur Mirza pula ditabal sebagai Pemain Terbaik Peringkat Negeri Perlis.Semoga terus berjaya!
![]() |
Pasukan lelaki berdebar menantikan pertarungan. |
MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2019
Majlis ini telah berlansung pada 30 Januari 2019 (Rabu) di Dewan Al-Munawwarah,jam 11.30 pagi.Majlis yang dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis dan diikuti dengan Ucapan Tn.Guru Besar SK Paya mendapat perhatian seluruh warga dewan apabila guru besar menyebut dan memberi sedikit taklimat tentang perjalanan dan program sekolah.Selain itu,En.Zainorin juga turut mengingatkan ibubapa agar mengambil berat tentang kehadiran anak-anak ke kelas KAFA.Semoga bantuan persekolahan ini dapat disalurkan oleh ibubapa untuk kebajikan anak-anak semua.
KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SK PAYA 2019
Kursus ini diadakan pada 30 Januari 2019 hari Rabu bertempat di Pusat Sumber Sk Paya.Kursus yang bermula jam 10.30 pagi itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber sesi 2019 tentang sistem pengkodan buku pinjaman dan pulangan.Guru Media Sk Paya berkata,sambutan dari para pengawas amatlah menggalakkan.
SYABAS SK PAYA ! TEMPAT KE-3 KESELURUHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSPS 2019
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Mssps 2019 telah berlansung pada Sabtu,22 Januari 2019 bertempat di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMap dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah negeri Perlis.Hasil usaha gigih para atlet dan jurulatih saban hari ,Alhamdulillah peserta Sk Paya telah berjaya mendapat tempat ke-6 iaitu Adik Nur Hanim bt Noor Khazizi.Syabas diucapkan!
![]() |
Sesi pendaftaran. |
![]() |
Guru Penolong Kanan Pentadbiran En.Abd Manan turut turun padang memberikan sokongan. |
![]() |
Peserta SK Paya mendapat tempat ke-6 . |
MAJLIS PERJUMPAAN WARIS & IKRAR MURID TAHUN 6 2019
Alhamdulillah majlis telah berlansung dengan jayanya pada 25 Januari 2019 bertempat di Bilik Taklimat SK Paya.Terima kasih dan syabas kepada ibu bapa yang hadir dan menunjukkan komitmen demi memastikan kejayaan anak-anak Sk Paya.
![]() |
Tn.Guru Besar memberikan ucapan aluan sekaligus membentangkan perancanngan tahunan Program Kecemerlangan UPSR 2019 |
![]() |
Kehadiran ibubapa mencecah 90 peratus alhamdulillah... |
![]() |
Pembentangan perancangan program kepada waris. |
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS DAN KETUA KELAS 2019
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Kelas telah diadakan pada 25 Januari 2019 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Al-Munawwarah Sk Paya.
Program ini bertujuan memberi kesedaran dan kepentingan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sekolah.
![]() |
Guru Besar En.Zainorin b Zakaria bersama Dif Jemputan. |
![]() |
Bersedia mendengar ucapan. |
![]() |
Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah |
![]() |
Simpolik penyerahan tugas dari pihak ppolis. |
![]() |
Ucapan dari Wakil Polis Angkat sekolah |
![]() |
Barisan Ketua Kelas 2019 |
![]() |
Pengawas Perpustakaan 2019 |
![]() |
Kepimpinan Pengawas Sk Paya sesi 2019 |
Semoga mereka dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
"Setiap kita adalah pemimpin,dan kita akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan kita kelak."
TAKLIMAT DISIPLIN KEPADA SEMUA MURID
Taklimat disiplin telah diadakan pada hari ke-2 persekolahan iaitu 3 Januari 2019 oleh Cikgu Osman merangkap Ketua Guru Disiplin Sk Paya.Antara perkara yang disentuh oleh beliau adalah semua murid diingatkan agar mematuhi semua peraturan mengikut Buku Peraturan Sk Paya.DISIPLIN TERJAGA,AKHLAK MULIA.Syabas diucapkan!
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PKP PAYA 2019
![]() |
Para peserta bersalaman dengan hakim. |
Pertandingan Sepak Takraw Peringkat PKP Paya membuka tirai indah apabila pasukan sekolah telah mendapat tempat ke-3 setelah giat berlatih. Pertandingan ini telah berlansung tanggal 23 Januari 2019 bersamaan hari Rabu petang.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada jurulatih pasukan sepak takraw sekolah iaitu En.Mohd Dan, Us Mohd Aimi dan En.Mohd Azhan yang bertungkus lumus melatih pasukan ini, begitu juga semua guru yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. SK PAYA BOLEH!
Subscribe to:
Posts (Atom)